Mesyuarat MT UMNO, taklimat Presiden dibatalkan


KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Majlis Taklimat Presiden UMNO mengenai isu-isu semasa yang dijadualkan Jumaat ini dibatalkan.

Pembatalan berkenaan dimaklumkan menerusi surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Adalah dimaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadual akan diadakan pada 31 Julai ini dibatalkan. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul,” katanya dalam surat itu.

Sebelum ini, dikatakan, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu antara lain akan membincangkan mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO serta program taklimat Presiden UMNO kepada pimpinan UMNO Bahagian dari seluruh negara itu merupakan majlis yang dijangka menarik perhatian ramai kerana diadakan selepas pengumuman rombakan Kabinet baharu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini memberitahu, beliau turut dimaklumkan mengenai pembatalan mesyuarat tersebut.

“Daripada apa yang dimaklumkan oleh rakan-rakan saya dalam Majlis Tertinggi UMNO, mesyuarat pada Jumaat ini telah ditunda,” katanya.

-  Utusan Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget