Haramkan rokok elektronik

JACOB GEORGE

KUALA LUMPUR 26 Julai – Pihak berkuasa perlu mengharamkan penggunaan rokok elektronik kerana didapati mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Yang Dipertua Persatuan Ke­selamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi berkata, kandungan perisa rokok elektronik itu hanyalah sebagai tambahan sedangkan penggunaannya tetap memberi kesan kesihatan yang boleh menyebabkan ketagihan.

“Rokok elektronik sebenarnya untuk menjimatkan duit poket sahaja tetapi dari sudut kesihatan tidak membantu. Sama sahaja.

“Lama kelamaan membuatkan orang berasa ketagih sehingga mendatangkan mudarat yang lebih besar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia mengenai trend rokok elektronik termasuk kewujudan cecair perisa ganja.

Mengenai cecair perisa ganja, Samsudin berkata, ia merupakan produk bahaya kerana boleh menggalakkan golongan muda terbiasa dengan dadah.

“Perkara ini patut dikaji semula di bawah Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Perlu diharamkan te­rus kerana mencegah adalah lebih baik daripada membiarkannya menjadi berleluasa,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, penjualan cecair rokok elektronik perisa ganja wajar dipantau pihak berkuasa kerana dikhuatiri mengandungi unsur negatif kepada pengguna.

“Ia memudaratkan kesihatan jika diletakkan ganja dan wajar dipantau,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, pihak berkuasa perlu mewujudkan unit tindakan khas bagi memantau isu penjualan cecair rokok elektronik perisa ganja.

Katanya, ia bagi memastikan pencegahan dapat dibuat selain mengenal pasti anasir negatif yang berlaku dalam dunia perniagaan tersebut. -Utusan Online.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget