PRS wajar diberi satu lagi kuota dalam barisan kabinet: Masing



KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) wajar diberi satu lagi kuota dalam barisan Kabinet Persekutuan baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Ini kerana menurut Pre-sidennya Tan Sri Datuk Amar James Masing, PRS merupakan tulang belakang kuat dalam memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal sebagai kerajaan yang memerintah negara.
“Saya ingin berterima kasih kepada Najib kerana telah melantik Ahli Parlimen PRS Sri Aman Masir Kujat sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam barisan kabinet baharu persekutu-an.
“Pelantikan ini menunjuk-kan bahawa Najib menerima nasihat dan cadangan PRS dalam mencalonkan wakil PRS untuk tersenarai dalam pentadbiran yang dipimpin oleh beliau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Jabatan Ketua Menteri Sarawak Tahun 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya di sini semalam.
Masing yang juga Menteri Kanan dan Menteri Kemajuan Tanah menambah, dengan pelantikan Masir itu semalam berkuat kuasa 29 Julai 2015, PRS kini mempunyai seorang menteri penuh dan seorang timbalan menteri dalam Kabinet Persekutuan.
Menteri tunggal daripada PRS iaitu Datuk Joseph Entulu Belaun memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga merupakan timbalan presiden PRS serta Ahli Parlimen Selangau.
“Saya percaya pelantikan seorang lagi pemimpin PRS dalam kabinet persekutuan akan menyuntik semangat parti dan ahli-ahli yang merupakan jentera kuat BN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016,” katanya.
Mengulas mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan kabinet baharu, Masing percaya bahawa Perdana Menteri telah membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat keputusan tersebut.
“Saya boleh memahami mengapa Perdana Menteri mengambil langkah yang drastik ini dan saya percaya beliau telah melakukannya hanya selepas beliau membuat pertimbangan yang sewajarnya.
“Najib melakukan per-kara normal yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang lain.
“Beliau mengumpulkan pasukan daripada kalangan orang yang beliau percaya untuk bekerja dengannya bagi mencapai objektif beliau,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri digugurkan daripada senarai barisan ka-binet baharu yang diumumkan semalam bersama empat lagi menteri dan seorang timbalan menteri.
Empat lagi menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Palanivel K. Govindasamy, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hassan Malek dan Datuk Dr Ewon Ebin serta seorang timbalan menteri iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget