MIRI: Penggerak S4S Miri, Puan Hanim Jaraee semalam mengatakan bahawa kenyataan beliau dalam laman sosial Facebook 'Sarawak For Sarawakians' hanyalah angan-angan dan gurauan.
"Memang saya tidak bermaksud mengguris hati di penduduk Malaya, tapi itu hanyalah angan-angan saya dan ia hanyalah guarauan. Page Sarawak For Sarawakians adalah untuk penyokong S4S dan saya tidak menviralkannya di mana-mana page selain page tersebut", kata Hanim selepas dibebaskan semalam.
Menurutnya lagi, beliau tidak faham dan tidak menduga bahawa ada orang berniat jahat terhadap page tersebut, mengambil kenyataan saya dan membuat satu spekulasi yang sangat bahaya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-tB9yfp8Qi5Zok1nxj0bcNBG6M87KkJwrNoyRGEbvPU7rwrH1qP0DyBeBF-D9wJRZJu3gSAMxilqfDtw_tHN7_3wWdm5bRphVrm2G6XtSY2k9crHwsPESYpKZ3HU636Ax6emwJtLLRuk/s400/Hanim+FB.jpg)
"Saya bertanggungjawab penuh terhadap kenyataan saya dalam Facebook Sarawak For Sarawakians, akaun utama kami untuk S4S", tambah beliau lagi.
Hanim Jaraee telah ditahan di kediamannya pada 27 Julai lepas atas kesalahan kenyataan berbaur hasutan serta menimbulkan kebencian terhadap Malaya dalam laman sosial Facebook.
Penggerak S4S itu turut diiringi YB Alan Ling, ADUN DAP Piasau dan Abun Sui Anyit dari PKR semasa sidang media di perkarangan Balai Polis Pusat Miri semalam.
"Kami akan menyediakan bantuan guaman pada bila diperlukan", kata Alan Ling.
Hanim dibebaskan dengan jaminan Polis dan dikehendaki tampil melapor untuk siasatan lanjut di Balai Polis Pusat Miri pada 10 Ogos.-SarawakLIVE
Post a Comment
assalam. antara maksud sabdaan Nabi saw: berjemaah utk kebaikan itu satu sunah, berpuak utk kejahatan itu adalah asobiyyah. sayangkn Sarawak sesuatu yg bagus tetapi biarlah ia mengukuhkan Negara Malaysia sekali gus...maaf sy yg baik hati ini terpaksa cakap perbuatan B*D*HH utk kak hanim...err.err..sy gurau je tau...senyum ckit...ampunkan aku ya allah!
jangan main-main dgn perkara/isu yg kita tak faham.