Daud 'kambing hitam' PBB: Aziz DAP



(SARAWAK BOMBSHELL) Daud Kambing Hitam Dalam PBB! Kenapa Daud? Siapa Bustari? 
- Ditulis oleh Abdul Aziz Isa, DAP Sarawak (Bahagian 2)

Ramai tertanya-tanya siapa dalam Team Fadillah? Perkara ini dapat dirungkai dengan pemerhatian pada pada Pimilihan Parti PBB yang lau diperingkat Cawangan dan Negeri. 

Kita mulakan Bahagian 2 ini dengan kekalahan YB Daud sebagai Naib Presiden PBB dan pembekuan akun RM4 juta beliau.

DAUD MANGSA PERMAINAN PBB.

Harus diingat, kalau tidak kerana YBhg Tan Sri Datuk Seri Mohf Effendi Narwawi, YB Daud tidak akan menjadi wakil rakyat DUN Tupong. 

Daud naik dalam politik sehingga ke kemuncak kerier politik beliau sebagai Naib Presiden PBB disebabkan ehsan dan jasa Effendi. 

Bagaimana orang India boleh masuk PBB, itu saya tidak tahu, boleh tanya pemimpin PBB sendiri. Saya dari DAP, bukan parti neo-konservatif kapitalis seperti PBB. 

Daud kalah dalam pemilihan Naib Presiden PBB disebabkan oleh isu Baitulmal yang diasak oleh saya bertubi-tubi menyebabkan akar umbi diperingkat cawangan kecewa dengan Daud dan beralih arah kepada Bolhassan Di dan Talib Zulpilip.Biarpun Bolhassan Di kalah, namun tindaka Bolhassan bertanding lebih dilihat sebagai menarik undi akar umbi yang kecewa kepada Daud dan memberi kemenangan kepada Julaihi Narawi. 

Umum mengetahui Julaihi dan Bolhassan bukanlah dalam Team Rohani Karim. Persetankan mereka, kita fokus dengan analisis kekalahan Daud.

Daud harus dikalahkan dalam PBB. Tindakan pertama dalam dengan menyingkirkan Daud dari jawatan Naib Presiden PBB supaya beliau hilang taring dan kekuatan. 

Apabila beliau kehilangan kuasa, maka dengan mudah team mesra UMNO mengambil kesempatan ke atas isu yang diasak oleh DAP terhadap institusi agama di Sarawak sebagai senjata untuk menumbangkan Daud. 

Secara jujur, saya sendiri tidak tahu berapa jumlah wang dalam akaun Daud, hanya orang dalaman PBB sahaja tahu berapa Daud perolehi selama ini. 

DAP tiada kekuatan untuk memaksa SPRM menyiasat Daud kecuali PBB kerana mereka merupakan parti pemerintah yang menguasai SPRM. Orang dalam PBB yang mendedahkan kes Daud dalam SPRM dan bukan DAP. 

Pengakuan Daud dalam Borneo Post menimbulkan seribu tanda danya kepada saya "Kenapa seorang yang kuat dengan mudah mengaku kelemahannya? This is political suicide". 

Walaupun matlamat saya hampir berjaya, namun saya dalam masa sama bersimpati dengan Daud kerana beliau menjadi Kambing Hitam dalam PBB.

DUN TUPONG KUNCI KEMASUKKAN UMNO KE SARAWAK.
Kenapa saya meramalkan DUN Tupong adalah kunci kemasukkan UMNO ke Sarawak? Dengan kejatuhan Daud dalam PBB, ditambah lagi dengan pendedahan oleh SPRM, saya amat pasti Daud tidak akan dicalonkan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan datang. 

Maka, muncul nama-nama yang saya ramalkan akan menggantikan Daud. Antara nama-nama yang saya ramalkan adalah:

1. Fazzruddin Abdul Rahman (Setiausaha Politik YB Fadillah Yusof)
2. Kr Dri Zaidi (Timbalan Pengerusi MPP)
3. Datuk Idris Buang (Ahli Majlis Tertinggi PBB)
4. Saya. Kot? Hahaha

Namun, saya berpendapat Fazzruddin akan menjadi calon muka baru PBB di DUN Tupong. Saya menjangkakan Fazzruddin akan menjadi 'proksi' kepada Fadillah di peringkat negeri. 

Ini hanya ramalan saya, mungkin betul, mungkin salah. Bacaan ini sangat mudah, sepanjang saya mengasak Daud, saya hairan kenapa ada orang kacau 'game' saya dengan Daud.

Persoalan ini menyebabkan saya beralih menyiasat perkara yang lebih besar iaitu Fadillah dan bukan lagi Daud. Fazzruddin merupakan Setiausaha Politik YB Fadillah Yusof, manakala Fadillah Yusof adalah Ahli Parlimen Petra Jaya yang merangkumi DUN Tupong, DUN Samariang dan DUN Satok. 

Abang Fadillah pula adalah Tan Sri Bustari Yusof, yang mengundi di Daerah Mengundi Reservoir, DUN Satok. Tan Sri Bustari dikatakan amat rapat dengan pimpinan UMNO, dilihat bermain golf sama. 

Kita bersangka baik, mungkin beliau cari makan. Malah orang PBB mula musykil dengan hubungan akrab Tan Sri Bustari dengan pemimpin UMNO.

Persoalannya, KACC milik siapa? Siapa dapat projek membina Jambatan Batang Sadong? Adakah ini merupakan taktik untuk menjadikan YB Nancy Shukri berpihak kepada Fadillah, Menteri Kerja Raya? Biarkan sahaja, itu hanya jangkaan saya. 

Sebentar! Saya belum pernah melihat Tan Sri Bustari bergambar dengan Tun Dr Mahathir. Mungkin sebab Tun Dr Mahathir bukan dari team Najib. Ok, sekarang saya faham. Kita teruskan penulisan.

Ingat lagi Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarwak (JPUNS) yang bertapak di Matang? Kalau ada orang tanya, kenapa saya memilih untuk membuka pejabat di DUN Tupong, jawapannya adalah sebab saya 'suspect' UMNO akan masuk Sarawak melalui DUN Tupong. 

Jangkaan saya, PRN 2016 akan datang, Fazzruddin pergi ke DUN Tupong dan PRN 2021 akan datang lagi, Iskandar Sarkawi akan pergi ke DUN Satok untuk mengukuhkan kekuatan Fadillah di Petra Jaya. Nasib YB Sharidah Hasidah di DUN Samariang saya belum dapat jangkakan lagi. Terlalu awal untuk saya ramalkan nasib beliau.

PILIHANRAYA KECIL UNTUK FADILLAH?
Saya meramalkan jika Fazzrudin memenangi kerusi DUN Tupong (KALAU), beliau berkemungkinan besar akan mengosongkan kerusi tersebut selepas dua tahun untuk memberi laluan Fadillah bertanding di DUN Tupong melalui Pilihanraya Kecil. Ke mana pergi Fazzruddin selepas itu? 

Beliau mungkin akan pergi ke Parlimen Petra Jaya jika Fadillah mengosongkan kerusi tersebut sebagai membalas jasa pengorbanan Fazzruddin ATAUPUN beliau akan dilantik sebagai Datuk Bandar Kuching Utara. Itu pendapat saya, mungkin tepat, mungkin tidak.

Gerakkan mengatur calon Pemuda PBB di kebanyakkan kerusi DUN Sarawak memberi justifikasi, jika Pemuda PBB ini menang, mereka dalam keadaan siap siaga untuk menerima kehadiran Fadillah di DUN Tupong dan menyokong beliau di dalam DUN untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak jika Fadillah mempunyai sokongan yang kuat dalam DUN. 

Saya khuatir, dengan hubungan akrab Bustari dengan orang UMNO, kemenangan Fadillah dalam Piliharaya Kecil DUN Tupong akan diambil kesempatan oleh UMNO untuk menyelinap masuk di Sarawak secara besar-besaran. 

Saya berharap ini tidak akan berlaku! Bila ini menjadi kenyataan, Abg Jo dan Awang Tengah boleh lupakan impian mereka menjadi Ketua Menteri Sarawak.

Saya lihat Team Abg Jo dan Team Awg Tengah begitu lemah sekarang. Adakah akan muncul Team baru untuk menghalang Team Fadillah? Ingat, bekas Presiden kamu masih hidup. 

Jangan main-main. Kamu tidak anugerahkan projek kepada CMS Sdn Bhd, itu bukan petanda yang baik. KAMU MENGACAU PERIUK NASI SEEKOR NAGA LEBANON! Don't mess with the family! 

Strategi kalian tidak dapat menandingi strategi Rahman-Taib. Mereka mungkin sedang memerhati gerak geri anda. Bagaimana saya tahu? Dude, the family's DNA runs in the blood. Ya'kub will always be Ya'kub. I'm not planted, I'm just a political novis, I'm genuine and I can predict. Tunggu artikel Bahagian Ketiga.

ABDUL AZIZ ISA
SETIAUSAHA PUBLISITI PEMUDA DAP PETRA JAYA

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget