Dedahkan statistik kemasukan pekerja asing

SHAH ALAM : Kerajaan Persekutuan digesa mendedahkan statistik bulanan kemasukan pekerja asing ke negara ini ekoran keadaan kini tidak terkawal serta mengancam sektor pekerjaan warga tempatan.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata, keadaan itu membimbangkan dengan kebanyakan sektor pekerjaan kini dikuasai pekerja asing.

Katanya, ianya juga terbukti terdapat sektor yang lumpuh tanpa pekerja asing seperti pembinaan dan perladangan.

"Jika statistik didedahkan secara telus, Kerajaan Persekutuan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya membawa masuk pekerja asing.

"Rakyat berhak mengetahui jumlah kemasukan mereka kerana ia memberi impak besar kepada masyarakat. Rakyat berhak membantah," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan mengumumkan seramai 1.5 juta pekerja asing dari Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini.

Terdahulu, media juga mendedahkan terdapat sindiket warganegara ekspres yang membolehkan warga asing membeli MyKad dengan mudah.

Pada 10 Julai lalu, PAS menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri menggesa siasatan terperinci dilakukan berhubung pendedahan itu.

Justeru itu, Iskandar yang juga Exco Kanan Selangor menggesa kawalan ketat kemasukan pekerja asing dilaksanakan.

"Perancangan jangka panjang juga perlu agar pergantungan terhadap pekerja asing dapat dikurangkan," katanya.

- Selangor Kini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget