Rakyat setuju dengan pelan pembangunan Adenan



MIRI: Rakyat secara kese-luruhannya bersetuju dengan pelan pembangunan yang dibawa oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk kemajuan negeri Sarawak.
Naib Pengerusi Persatuan Melayu Miri Radzali Alision berkata seperti etnik lain, masyarakat Melayu di sini percaya kepimpinan Adenan akan membawa impak besar kepada rakyat negeri ini.
“Saya percaya Adenan mampu melonjakkan sosio-ekonomi, pembangunan serta memperkukuh perpaduan rakyat Sarawak berdasarkan pelan pembangunan yang beliau laksanakan,” katanya di sini semalam.
Radzali berkata Adenan begitu lantang bersuara serta tegas memastikan hak rakyat Sarawak terus terbela dan tidak tercicir daripada pemerhatian kerajaan pusat.
“Saya melihat beliau (Adenan) seorang yang tegas dalam menyuarakan hak rakyat Sarawak, malah beliau sendiri mahu Sarawak membangun pesat sama seperti Semenanjung Malay-sia,” jelasnya.
Katanya Ketua Menteri juga terus memperjuang mendapatkan lebih banyak royalti minyak supaya dapat disalurkan untuk pembangunan Sarawak.
Setiausaha Persatuan Kedayan Yahya Salim pula berkata Adenan turut agresif dalam membantu kumpulan sasar terutama golongan berpendapatan rendah dengan menurunkan tarif elektrik.
“Beliau seorang individu yang berjuang demi kese-jahteraan dan kesenangan rakyat serta membawa per-ubahan besar dalam landskap pembangunan negeri ini,” katanya.
Keperibadian Ketua Menteri itu dalam menjaga kebajikan rakyat Sarawak di peringkat bawahan, sederhana dan elit amat disenangi dan menjadi faktor untuk pelabur datang ke negeri ini.
Berkongsi pandangan sama, Ketua Komuniti Iban Pemanca Wilson Siang Lim berkata Adenan seorang yang berwawasan tinggi dan mampu membawa perubahan besar kepada landskap Bumi Kenyalang ini.
“Rakyat Sarawak harus memberi lebih banyak masa kepada Adenan untuk meneruskan pelan pembangunan negeri ini agar kemajuan kita setanding dengan negeri-negeri lain,” katanya. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget