Pemuda PBB hanya sibuk kejar projek kelas F, kata Aziz DAP



(SARAWAK BOMBSHELL) Di Manakah Kekuatan Pemuda PBB? 
- Ditulis oleh Abdul Aziz Isa, DAP Sarawak (Bahagian 3)

Apa beza Pemuda PBB dan Pemuda UMNO? Satu sahaja perbezaannya, DUIT! 

Kalau kita lihat Pemuda UMNO, rata-rata pemuda mereka hidup mewah. Ketua Pemuda UMNO Ranting mereka sahaja sama taraf dengan Ketua Pemuda PBB Cawangan, Ketua Pemuda UMNO Cawangan pula sama taraf dengan Ketua Pemuda PBB Pusat, manakala Ketua Pemuda UMNO Pusat tiada tandingan untuk pemuda dalam PBB. 

Apa kelas jadi Ketua Pemuda PBB? Pernah tak Ketua-Ketua dalam Pemuda PBB berusaha untuk membantu menaiktaraf sosio-ekonomi pemuda mereka? Jangan katakan tidak, nak bantu rakyat pun susah. Masakan mereka ada niat untuk membantu sesama mereka. 

Di bawah kepimpinan Fadillah selaku Ketua Pemuda PBB Pusat, apakah kejayaan yang telah dibawa oleh beliau? ARMADA PBB? Armada pun macam sudah tenggelam. Hebat lagi PERAHU di Sungai Sarawak.

Pemuda PBB Sarawak tiada halatuju yang jelas. Rata-rata mereka sibuk berlumba-lumba untuk menjadi Kontraktor Kelas F untuk melobi projek dari kerajaan negeri. Semacam Pemuda PBB sekarang menjadi lubuk untuk mencipta empayar dengan mengaut keuntungan melalui Lesen Kontraktor Kelas F. 

Mereka tidak begitu serius untuk mengurangkan kadar pengganguran di Sarawak, mereka tidak serius menyediakan peluang pekerjaan dan mereka tidak serius untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Mereka sibuk menyediakan peluang untuk diri sendiri mereka.

DI MANA KEKUATAN PEMUDA PBB?

Kekuatan Pemuda PBB terletak di DUN Lambir. Kalau kita lihat, sepanjang pemerhatian saya dalam Pemilihan PBB tahun lepas, ADUN Lambir iaitu Ripin Lamat merupakan orang harapan Fadillah dalam senarai Team Perpaduan. 

Kesemua calon Team Perpaduan menang besar dalam Pemilihan Pemuda PBB sehingga menyingkirkan Team Awg Tengah dan Team Adenan. Team Abg Jo dalam Pemuda PBB kini kelihatan sekarang bersama dengan Team Fadillah. 

Jangkaan saya, Iskandar Sarkawi, Ketua Pemuda PBB Cawangan Satok yang menang atas tiket Team Perpaduan pimpinan Ripin Lamat. DUN Lambir merupakan kunci kekuatan dan kejatuhan Pemuda PBB. Kalau PBB kalah di DUN Lambir, nescaya Fadillah hilang seorang jeneral di peringkat negeri.

Pemerhatian saya melihat bahawa selepas kemenangan Ripin Lamat dalam jawatan Naib Ketua Pemuda PBB, sasaran seterusnya adalah DUN Tupong. Saya menjangkakan Daud Abdul Rahman tidak akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi beliau di DUN Tupong sebaliknya ada kemungkinan besar beliau akan digantikan dengan orang kanan Fadillah iaitu Fazzruddin Abdul Rahman yang merupakan Setiausaha Politik Fadillah. 

Kenapa saya meramalkan Fazzruddin akan menjadi calon PBB di DUN Tupong? Ini kerana Fazzruddin merupakan Ketua Penerangan Pemuda PBB Sarawak dan semestinya dengan jawatan lantikan yang disandang oleh beliau, maka beliau terpaksa dicalonkan sebagai calon muka baru. Jika tidak, Fadillah akan malu besar kerana akan dikatakan enggan mengangkat Pemuda PBB.

InsyaAllah, DAP akan menggempur kawasan DUN Lambir pada pilihanraya negeri Sarawak yang dijangkakan akan diadakan seawal bulan November ini. DAP akan memberi saingan yang hebat kepada Pemuda PBB di DUN Lambir kali ini. 

Begitu juga dengan DUN Tupong, DAP akan memastikan PBB tidak akan berada dalam keadaan selesa. Jika PBB kalah di DUN Lambir dan DUN Tupong, PBB tidak aka malu besar tetapi Ketua Pemuda PBB akan malu besar kerana kedua-dua tentera harapan mereka kalah di kubu kuat sendiri. Jika ini berlaku, ianya akan dapat menyekat kemaraan Team Fadillah dari terus menguasai Pemuda PBB.

Team Awang Tengah dan Team Adenan sudah hilang taring dalam Pemuda PBB manakala Team Abg Jo pula kini dilihat sudah mula mengecil dan berpihak kepada Team Fadillah. Kenapa Ripin dan Fazzruddin tidak layak menjadi wakil rakyat? 

Bagi saya, mereka tidak mempunyai visi yang jelas dalam dasar ekonomi belia dan dasar sosial. Mereka tiada kepakaran dalam hal-hal berkaitan dengan ekonomi dan sosial. Di Sarawak, berapa ramai anak muda Bumiputera diletakkan di dalam Pusat Pemulihan Dadah? Berapa ramai anak muda Bumiputera menganggur? Berapa ramai anak muda Bumiputera tercicir dalam pendidikan? Visi mereka tidak jelas dan seperti tiada visi langsung. 

Saya melihat mereka berdua ini hanya digunakan untuk mengukuhkan kedudukan Fadillah dalam PBB.

RAMALAN UNTUK RIPIN DAN FAZZRUDDIN.

Usia Fadillah semakin lanjut, saya tidak pasti samada beliau akan meneruskan lagi untuk menjadi Ketua Pemuda PBB atau tidak TETAPI yang pasti, saya menjangkakan Fadillah berkemungkinan besar akan bertanding jawatan Naib Presiden PBB. 

Apa barang beliau hendak bertanding Majlis Kepimpinan Tertinggi? Itu terlalu kecil untuk beliau dan akan melambatkan kemaraan beliau untuk jawatan yang lebih tinggi. 

Harus diingatkan, Fadillah tidak ada Team di peringkat atas sayap Bumiputera. Saya melihat kekuatan Fadillah di perinkat atas adalah terletak di sayap Pesaka. Itu jangkaan saya sahaja, jika betul, saya kata 'Yahoo!'.

Persoalannya sekarang, jika beliau pergi ke jawatan Naib Presiden PBB, siapa pula akan menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Pemuda PBB? Ripin? 

Tidak mungkin sebab saya kuat menyatakan kehadiran Ripin dalam Naib Pemuda PBB hanya sebagai penjaga sahaja dan tidak lebih dari itu. Ripin kemungkinan besar akan pergi ke Majlis Kepimpinan Tertinggi. Ini akan menguatkan lagi kedudukan Fadillah jika ramalan ini menjadi kenyataan kerana mereka sudah ada seorang dalam MKT iaitu Mohd Razi Sitam iaitu ADUN Saribas.

Sebab itu saya ramalkan Fazzruddin akan bertanding di DUN Tupong kerana jika beliau menang (JIKA, saya kata JIKA), sekurang-kurangnya beliau ada gelaran YB yang boleh menguatkan lagi kedudukan beliau untuk diangkat menjadi Ketua Pemuda PBB. Jika ini berlaku, Team Awang Tengah, Team Adenan dan Team Abg Jo 'can kiss goodbye'!

Kadang-kadang, ramalan dan analisis ini boleh menjadi benar. Sebentar! Ada tiga orang lagi:

1. Hamzah Brahim, Pegawai Khas Fadillah merangkap Bendahari Pemuda PBB dan Timbalan Ketua PBB Cawangan Muara Tuang,

2. Dato' Wan Hamzah Wan Paie , Setiausaha Politik Datuk Dr Wan Junaidi merangkap Timbalan Setiausaha Pemuda PBB, dan;

3. YB Ir Aidel Lariwoo, ADUN Sadong Jaya merangkap AJK Pemuda PBB.

Saya tidak pasti samada Sufian Mohat, Walikota Limbang ini orang Awang Tengah atau orang Fadillah namun apa yang saya tahu, beliau merupakan calon Team Perpaduan.

Bahagian seterusnya, Hamzah dan Hamzah.

ABDUL AZIZ ISA
SETIAUSAHA PUBLISITI PEMUDA DAP PETRA JAYA

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget