MASYARAKAT MELAYU DI SARAWAK HARUS KEKAL BERSATU, KATA ABG JOHARI

KUCHING: Rakyat Bumiputera khususnya masyarakat Melayu di Sarawak harus kekal bersatu untuk terus kukuh dalam bersama-sama mentadbir negeri ini.
Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, perpecahan sesama sendiri yang terjadi di Semenanjung Malaysia sehingga lahir banyak parti politik memberi kesan kepada kekuatan masyarakat Melayu di sana.
“Jadikanlah apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia sebagai pengajaran untuk masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Bumiputera amnya di negeri ini dalam mengekalkan kesefahaman sesama kita supaya setiap pembangunan yang diusahakan dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2015 anjuran Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia (PBAKM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kampung Lintang di Dewan Serba Guna Kampung Lintang di sini malam kelmarin.
Menteri Pelancongan itu turut memberitahu bahawa kemajuan dan pembangunan hanya dapat dilaksanakan dengan adanya kesefahaman antara kaum.
Pada masa sama, Abang Johari menegaskan bahawa Sarawak tidak akan berpisah dengan Malaysia meskipun terdapat perselisihan.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, ini tidak akan mempengaruhi kita untuk keluar dari Malaysia,” katanya sambil melahirkan harapan agar Perjanjian Malaysia dapat dilaksanakan dengan adil di negeri ini.
Justeru, beliau mengecam tindakan segelintir individu yang mendesak dan menghasut rakyat negeri ini agar keluar dari Malaysia.
Majlis yang dihadiri lebih 300 tetamu itu diserikan dengan kehadiran Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Ahli Dewan Undangan Negeri Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan tetamu kehormat lain. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget