Bersatu selamatkan Malaysia elak krisis


Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kerusi Timbalan Perdana Menteri hanya menjadikan krisis negara semakin parah.

Dato' Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan itu dilakukan hanya beberapa hari Muhyiddin memberi kenyataan Perdana Menteri perlu menjawab isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Katanya, tindakan Datuk Seri Najib Razak ternyata bertujuan mempertahankan kedudukan dan regimnya untuk terus bertahan.

"Malah pemecatan Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara, salah seorang anggota panel menyiasat skandal 1MDB memberi gambaran PM mempertahankan pihaknya disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit.

"Negara memerlukan reformasi menyeluruh memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa demi menyelamatkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet menyaksikan Datuk Seri Zahid Hamidi naik menggantikan Muhyiddin.

Pagi ini, Bernama melaporkan perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan dan diganti dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Mengulas lanjut krisis berkenaan, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menggesa ahli-ahli parlimen tanpa mengira parti bersatu padu menyelamatkan Malaysia.

"Dalam pertemuan saya selama lebih dua jam pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar menyampaikan pesan agar rakyat Malaysia dan NGO bersatu membawa perubahan.

"PKR memulakan siri jelajah Amanat Presiden sejak seminggu yang lalu bagi menggembleng kekuatan rakyat dan politik dalam negara untuk melaksanakan perubahan," katanya.

- Selangor Kini

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget