Kedudukan M'sia dalam laporan TIP naik


Malaysia meningkat satu tahap dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP), yang mengesahkan spekulasi berminggu-minggu sebelum ini.

Ia kini diletakkan pada Senarai Amatan (WL) Tahap 2 dalam laporan tahun ini, berbanding Tahap 3 sebelumnya.

Walaupun menyebut isu-isu pemerdagangan orang di Malaysia, laporan itu turut memuji usaha kerajaan menanganinya.

“Kerajaan Malaysia tidak patuh sepenuhnya dengan standard minimum untuk membanteras pemerdagangan orang; bagaimanapun, ia melakukan usaha yang signifikan ke arah itu,” menurut laporan itu.

Laporan itu dilancarkan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) John Kerry di Washington DC hari ini.

Antara lain, laporan itu berkata kerajaan berunding dengan kumpulan masyarakat sivil untuk merangka dan meminda undang-undang antipenyeludupan dan menangani isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan TIP 2014.

TIP menyenaraikan kedudukan negara-negara dunia berdasarkan tahap pematuhan standard minimum dalam memerangi pemerdagangan orang.

Penilaian tahunan dibuat oleh Jabatan Negara AS.

Tahap 2 bermaksud tidak mengaplikasikan sepenuhnya Akta Pemerdagangan Perlindungan Mangsa (TVPA) AS mengikut standard minimum tetapi mempunyai usaha memenuhi syaratnya.

Tahap 3 pula bermaksud tidak melakukan apa-apa usaha dan tidak mengaplikasikan sepenuhnya TVPA.

- Malaysiakini
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget