Najib tak layan soalan tentang video bocor


Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak layan soalan mengenai video kontroversi di mana bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa perdana menteri mengaku memindahkan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya.

Soalan itu diajukan ketika Najib meninggalkan majlis di Kuala Lumpur malam ini.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan yang menghadiri majlis yang sama, menyangkal dakwaan tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas Najib beredar, Ahmad Maslan berkata perdana menteri telah memberi taklimat kepada Majlis Tertinggi Umno mengenai isu RM2.6 bilion itu.

"Beliau (Najib) tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan dimasukkan ke dalam akaunnya," tegas Ahmad Maslan.-Malaysiakini


Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget