Dakwaan Muhyiddin wang 1MDB masuk ke akaun Najib tidak betul - Ahmad Maslan

AHMAD MASLAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah pun menafikan menggunakan dana 1MDB itu.


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya.-Astroawani

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget