BN amat hargai keputusan Mauh berundur daripada politik



KUCHING: Persaraan Datuk Joseph Mauh Ikeh daripada politik dilihat sebagai petanda baik kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak.
Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata keputusan Mauh itu membawa makna darah muda dan baharu akan menyertai BN yang sekali gus meremajakan BN.
“Keputusan Datuk Joseph Mauh untuk bersara serta tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah petanda baik kepada BN iaitu akan ada darah muda menyertai kita (BN).
“Ini sudah tentu akan meremajakan BN dan menjadikannya kekal relevan dengan perkembangan serta keperluan semasa,” katanya.
Rundi yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam dan Menteri Muda Pembangunan Belia menambah, BN amat menghargai keputusan Mauh kerana tidak ramai pe-mimpin yang sanggup mengetepikan kepen-tingan peribadi demi kepentingan parti khasnya dan BN amnya.
BN ujarnya sedia maklum dengan hasrat Mauh itu, malah ia telah dimaklumkan sendiri kepada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
“Kita (pucuk ke-pimpinan BN Sara-wak) amat menghargai pemimpin yang lebih memikirkan kepen-tingan parti berban-ding kepentingan peri- badi.
“Justeru BN mendoakan (Datuk) Mauh sentiasa dalam keadaan baik dan terus memainkan peranan sebagai penasihat kepada kita kerana beliau mempunyai pengalaman cukup luas sebagai wakil rakyat, selaku Ahli Parlimen dan ADUN,” kata Rundi.
Tambahnya jasa dan sumbangan Mauh kepada parti serta BN akan tetap diingati selain menjadi contoh kepada pemimpin hari ini dan masa depan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing mengenai keputusan Mauh itu dalam satu majlis di Selangau, Sibu Ahad Lalu.
Keputusan Mauh itu turut mendapat pujian dan amat dihormati oleh pucuk kepimpinan parti yang disifatkan Masing sebagai mulia dan ikhlas. -Utusan Borneo.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget