SEBANYAK 70,920 orang telah mendaftar sebagai pemilih baharu di seluruh negara dalam suku kedua tahun ini. - Gambar Hiasan |
PUTRAJAYA 27 Julai - Sebanyak 70,920 orang mendaftar sebagai pemilih baharu dalam suku kedua tahun ini.
Timbalan Setiausaha (Operasi) SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, dalam tempoh sama sebanyak 12,171 permohonan turut diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar.
Katanya, Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun 2/2015 akan dipamerkan selama 14 hari mulai 4 Ogos hingga 17 Ogos ini di 947 tempat pameran di seluruh negara untuk semakan.
“Sepanjang tempoh pameran berlangsung, pemohon yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih baharu atau menukar alamat pusat mengundi pada bulan April hingga Jun 2015 dinasihatkan menyemak DPT suku tahun 2/2015,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA
Post a Comment