Adenan hanya berlakon isu pembalakan haram: 'PKR Sarawak'



Admin FB 'PKR Sarawak' semalam menyatakan bahawa Adenan Satem, Ketua Menteri Saarwak hanya berlakon menangani isu pembalakan haram di Sarawak.

Rungutan ini berpunca daripada tiada tindakan terhadap aktiviti pembalakan haram di kawasan Long Pilah, Baram.

"Penduduk kampung dari Baram telah menulis minta beliau selesaikan kes pembalak haram di Long Pilah Baram, bulan April lalu tetapi macam cakap dengan dinding. Tiada balasan sampai sekarang dari Adenan", kata admin tersebut.

"Sebaliknya penduduk Dayak Kayan dari kampung Long Pilah ditangkap oleh pihak Polis kerana mempertahankan tanah adat dan hutan mereka dari diceroboh oleh pembalak haram dan samseng tetapi penduduk kampung pula yang ditangkap dan ditahan dalam lokap polis selama 5 hari dari 26 - 30.7.2015", tambah admin.

Menurut admin lagi, penduduk rumah panjang ditangkap semasa mereka pergi buat laporan balas di Balai Polis Marudi terhadap laporan palsu yang dibuat oleh pembalak haram.-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget