Rombakan kabinet serupa drama Korea, kata Aziz DAP


Muhyiddin, Reformasi dan Popcorn

Janganlah kita rakyat terperangkap dengan permainan UMNO untuk mengalih pandangan rakyat. Kenapa tiba-tiba kasihan dan simpati dengan pemecatan Muhyiddin Yassin? 

Mereka ini juga yang bersetuju dengan GST, menyebabkan kenaikan harga minyak dan membiarkan Anwar Ibrahim dipenjarakan melalui konspirasi.

Yang jahat akan dibalas dengan kejahatan. Muhyiddin bukan hero rakyat, dia hanya hero UMNO. Masih ingat lagi bagaimana sistem pendidikan kita berada di tahap paling teruk di era beliau? Ingat lagi betapa teruk pembelajaran Matematik dan Sains kita? 

Saya tak sokong Najib, Zahid atau Muhyiddin sebab benih mereka sama, UMNO. Masa Muhyiddin jadi Menteri Pendidikan, pernah tak beliau berusaha untuk memperbetulkan sejarah Sabah dan Sarawak?

Kenapa rakyat perlu bangkit bersama Muhyiddin? Pernahkah Muhyiddin menentang perlaksanaan GST? Rakyat susah cari makan, ada beliau kisah? Hanya kebetulan dia dipecat maka dia mendapat simpati dan perhatian negara. 

Sekarang, beliau dilihat seperti hero namun hakikatnya beliau bukan pejuang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain lagi.

Beliau berkuasa pun disebabkan oleh kezaliman yang dilakukan oleh BN kepada rakyat. Beliau adalah sebahagian daripada mereka yang melakukan kezaliman. Kenapa pula bila beliau 'dizalimi' sebegini, kita pula terhegeh-hegeh nak bantu beliau? 

Biar dia bantu diri sendiri. Kes beliau tidak seteruk Anwar. Duduk diam-diam, kita lihat sahaja bagaimana episod seterusnya. Ingat, Muhyiddin orang Mahathir. 

Mahathir hanya mahu Najib tumbang dan digantikan dengan orang UMNO yang lain. Tumbang pun Najib kalau tidak ada reformasi sepenuhnya tetap sia-sia.

Teruskan menonton drama 'Korea' terhebat ini. Walaupun Muhyiddin digugurkan, yang penting, rombakan Kabinet menyaksikan Rosmah kekal sebagai isteri PM. Jom Borneo, Kita Popcorn!

Abdul Aziz Isa
Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak

-SarawakLIVE

Post a Comment

Ala2 Rashid Maidin la budak ni. Syabas adik. Lepas ni amek topi bintang 3 ya

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget