KUCHING: Andri Zulkarnaen atau nama samaran Facebook, Abusiraj Al-Muner menyatakan bahawa beliau dikecam, dicaci dan dimaki oleh rakan PAS atas tindakannya memilih untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Beliau yang juga sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan PAS Sarawak dan Yang Di-Pertua PAS Santubong, memohon maaf kepada rakan-rakannya didalam PAS atas pilihan yang telah dibuatnya untuk menyertai GHB.
"Saya memohon ampun dan maaf atas pilihan yang saya buat. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala teguran dan cacian itu.Saya kasih antum (anda) semua kerana Allah", kata Andri.
Menurut Andri, beliau menerima banyak cacian dari rakan PAS setelah memuat naik kenyataan akhbar sebagai jurucakap GHB Sarawak beberapa hari lepas.
Walaubagaimanapun, Andri berpesan kepada rakan-rakanya agar sama-sama terus menumbangkan UMNO BN dan segala yang dilakukan diberkati Allah Taala.
Andri Zulkarnaen sebelum ini juga dicanang sebagai bakal calon PAS Sarawak di DUN Demak Laut atas kerusi PAS.
Menurut sumber, masih belum dapat dipastikan sama ada Andri akan bertanding atas kerusi PAS atau GHB pada pilihanraya Negeri Sarawak akan datang memandangkan beliau belum meletak jawatan secara rasmi dalam PAS-SarawakLIVE
Post a Comment