Adenan akan lebih popular di kalangan Cina



KUCHING: Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh percaya populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di kalangan masyarakat Cina akan terus meningkat.
“Saya percaya bahawa sokongan kepada Ketua Menteri akan terus meningkat terutama daripada kalangan masyarakat Cina,” ujarnya.
Wong berkata demikian sebagai mengulas mengenai ‘Sarawak Good Governance Public Opinion Survey’ yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research ke atas 606 responden baru-baru ini.
Hasil daripada penilaian itu, ia menunjukkan bahawa Adenan menerima 67 peratus sokongan daripada masya-rakat Cina.
“Saya tidak tahu bagaimana mereka menjalankan penilai-an ini tetapi saya gembira mengetahui bahawa masya-rakat Cina menyenangi apa yang dilakukan oleh Adenan sejak mengambil alih jawatan Ketua Menteri.
“Saya berharap respons baik daripada masyarakat Cina ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi pada Pilihan Raya Negeri akan datang,” kata Wong yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masya-rakat.
Dalam perkembangan ber-kaitan, Wong menyatakan keyakinan bahawa UPP akan memberi kelainan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang meskipun keputusan PRN lepas menyaksikan parti majoriti Cina iaitu SUPP kalah teruk.
“UPP merupakan sebuah parti yang sentiasa berkeyakinan. Kami bekerja gigih di lapangan dan kami sentiasa yakin,” katanya yang ditemui selepas Majlis Ramah-Ta-mah Aidilfitri Jabatan Ketua Menteri semalam.
Majlis tersebut berlangsung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta Toh Puan Datuk Seri Ragad Kurdi Taib.
Pada PRN 2011, SUPP kalah 13 daripada 19 kerusi yang diperuntukkan kepada parti komponen BN itu.
Empat daripada kerusi majoriti Dayak iaitu Opar, Bengoh, Engkilili dan Simang-gang berjaya dikekalkan dan dua kerusi majoriti Cina yang kekal adalah Bawang Assan dan Senadin.
Bagaimanapun, empat ke-rusi yang dimenangi SUPP kini dimiliki oleh UPP selepas penyandangnya keluar daripada SUPP dan membentuk UPP. -Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget