PUTRAJAYA 26 Julai - Seorang penghantar surat di sebuah syarikat direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Individu berumur 27 tahun itu merupakan orang kelima yang ditahan reman dalam siasatan kes berkaitan pelbagai tuduhan mengenai 1MDB.
Dia diberkas di rumahnya di Bentong, Pahang petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Mahkamah Majistret di sini hari ini mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.- UTUSAN ONLINE
Post a Comment
Penghantar surat pula kena reman?????
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.