Larangan sebat dalam pindaan Akta Kanak-kanak 2001



KUALA LUMPUR : Akta Kanak-kanak 2001 dijangka akan mengalami lebih 70 peratus pindaan baharu antaranya larangan sebatan terhadap kanak-kanak.

Pindaan itu juga akan memasukkan kesalahan jenayah pornografi dan pembulian siber.

Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, pindaan itu selepas mengambil kira kes-kes salah guna, pengabaian, dan pembulian siber yang semakin berleluasa.

Difahamkan, pindaan itu kini dalam penilaian Pejabat Peguam Negara.

Mengulas lanjut tentang larangan sebatan terhadap kanak-kanak itu, Rohani berkata, ia diambil kira kerana bimbang tindakan itu boleh menggangu emosi kanak-kanak terbabit.

“Kami tidak mahu melihat kanak-kanak mengembangkan sifat marah dan dendam. Kami juga bimbang ia akan membimbing mereka untuk menyakiti orang lain pula,” kata beliau dalam sidang media pada majlis Rumah Terbuka sempena Aidilfitri kementeriannya di Bangsar.

Katanya, Kementerian mencadangkan agar pesalah di bawah umur 18 tahun dikenakan hukuman khidmat masyarakat selama beberapa jam.

- Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget