Bai’ah cagar isteri satu penghinaan



KUALA LUMPUR 26 Julai – Bai’ah atau sumpah kesetiaan untuk menceraikan isteri dengan talak tiga jika keluar parti yang dilafazkan oleh wakil rakyat Pas di beberapa negeri merupakan penghinaan kepada golongan wanita.

Yang Dipertua Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi), Tan Sri Dr. Rafiah Salim berkata, perkara tersebut bukan sahaja melanggar ajaran Islam tetapi merendahkan kedudukan kaum hawa.

“Lafaz cerai dan menjatuhkan talak kepada isteri tidak boleh dibuat main apatah lagi bergurau kerana perbuatan itu adalah makruh dan tidak disukai Allah.

“Tidak sepatutnya sebuah parti politik berbuat demikian dalam memastikan kesetiaan ahli-ahli parti tidak berbelah bahagi,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Kelantan supaya merujuk semula sumpah bai’ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu.

Sementara itu, bekas Pengerusi Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA), Nuraizah Shamsul Baharin berkata, tidak sepatutnya politik dikaitkan dengan amanah Allah dalam berumah tangga dan dua perkara itu wajar diasingkan.

“Meskipun lelaki mempunyai hak untuk menceraikan isteri dengan apa sebab sekalipun, jangan mencampurkan kedua-dua perkara yang nyata berbeza ini.

“Nilaikan rumah tangga di sisi Allah itu lebih daripada parti politik yang belum tentu kesuciannya,” katanya. -Utusan Online.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget