Populariti Adenan tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi untuk BN



KUCHING: Populariti tinggi yang diraih Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem tidak semestinya akan diterjemahkan dalam bentuk undi untuk Barisan Nasional (BN) Sarawak pada pilihan raya akan datang.
Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berkata, sokongan diraih Adenan itu berkemungkinan atas kelantangannya memperjuangkan beberapa isu sebelum ini namun sama ada beliau berupaya mengotakan janji hanya masa yang menentukan.
“Pada akhirnya, dasar-dasar berjaya dilaksanakan kerajaan yang akan memutuskan sama ada rakyat akan menyokong atau sebaliknya tetapi sama ada sokongan itu akan diterjemahkan dalam bentuk undi, itu perkara lain.
“Apa pun, masa akan menentukan jika beliau dapat mengotakan apa yang te-lah dijanjikan selama ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tinjauan pusat kajian bebas Merdeka Centre pada April lalu yang mendapati sebanyak 74 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Ketua Menteri selepas 14 bulan beliau memegang tampuk kuasa di negeri ini.
Berdasarkan laporan, daripada 606 responden yang disoal selidik, seramai 82 peratus Bumiputera Islam berpuas hati dengan Adenan, diikuti Bumiputera bukan Islam sebanyak 74 peratus manakala masyarakat Cina pula sebanyak 67 peratus.
Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, bagaimanapun perkara itu sememangnya dijangka memandangkan Adenan mempunyai personaliti yang baik serta masih baharu menyandang jawatan tersebut.
Menurutnya, untuk seseorang pemimpin baharu meraih kadar populariti tinggi bukan satu perkara mustahil memandangkan ia juga dapat disaksikan pada kepimpinan kerajaan pusat sebelum ini.
Beliau seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai contoh, apabila mereka turut menerima populariti tinggi ketika baharu menyandang jawatan Perdana Menteri.
“Seseorang Perdana Men-teri atau Ketua Menteri yang baharu memang akan menikmati kadar populariti tinggi tetapi masa akan menentukan jika mereka dapat melaksanakan apa yang dijanjikan dan dari situ, rakyat sendiri boleh menilainya,” katanya.
“Dalam isu lebih meluas, kadar populariti Najib adalah rendah daripada 74 peratus dan hakikat bahawa Adenan menyokong Najib secara terbuka mungkin akan dapat membantu Najib atau menurunkan kedudukan Adenan,” katanya.
Chong memberitahu, tidak dinafikan isu diperjuangkan Adenan adalah memberangsangkan namun ia turut membuktikan beliau tidak dapat menunaikan janji apabila isu tuntutan royalti minyak sebanyak 20 peratus dan antirasuah setakat ini belum membuahkan hasil.
“Beliau sendiri menyatakan rasuah berleluasa dalam syarikat berkaitan pembalakan dan sebanyak 500 akaun bank milik syarikat pembalakan dibekukan bagi membantu siasatan.
“Tetapi setakat ini berapa banyak syarikat atau pengarah mereka yang telah didakwa di mahkamah?… belum ada!” tegasnya.
Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, beliau secara peribadi menyukai Adenan kerana personaliti Ketua Menteri tersebut.
“Secara peribadi saya me-nyukainya, itu tidak dapat dinafikan, namun saya rasa beliau tidak dapat melaksanakan apa dijanjikan… terdapat perbezaan antara populariti seseorang atau sama ada akan menyokong BN,” katanya. - Utusan Borneo.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget