PUTRAJAYA 27 Julai - Pemilik syarikat perdagangan yang ditahan reman selama empat hari sejak Jumaat lalu berhubung siasatan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibebaskan di sini hari ini.
Majistret Nik Isfahanie Wan Ab. Rahman membenarkan lelaki berusia 28 tahun itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin.
Individu tersebut merupakan orang ketiga yang ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 berhubung siasatan 1MDB.- UTUSAN ONLINE
Post a Comment