Fadillah bakal Ketua Menteri Sarawak?: Aziz DAP



(SARAWAK BOMBSHELL) Fadillah sebagai Ketua Menteri Sarawak? Bagaimana pula dengan Abg Jo dan Awang Tengah? 
- Ditulis oleh Abdul Aziz Isa, DAP Sarawak (Bahagian 1)

PEMILIHAN PEMUDA PBB - RIPIN LAMAT?

Semenjak kemenangan YB Ripin Lamat (ADUN Lambir) sebagai Naib Ketua Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak bagi sayap Bumiputera dengan 170 undi mengalahkan Aziz Adenan yang memperolehi 48 undi, hal ini menunjukkan kem Fadillah berjaya mengalahkan kem Adenan di peringkat sayap Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak.

Di sayap Pesaka pula, Gerald Rentap Jabu iaitu anak kepada Timbalan Presiden I PBB Alfred Jabu Numpang telah berjaya menduduki jawatan Timbalan Ketua Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak. 

Manakala kemenangan Bell Bernard Anggan dan Cr Staley Sila sebagai Naib Ketua Pergerakkan Pemuda PBB bagi sayap Pesaka-Iban dan Pesaka-Bidayuh/Orang Ulu tidak begitu memberi impak kerana mereka pasti selama-lamanya tidak akan diangkat sebagai pemimpin dalam PBB.

TEAM FADILLAH

Siapa Team Fadillah? Di peringkat Parlimen, semestinya Pemuda PBB diketuai oleh Fadillah manakala di peringkat DUN, Pemuda PBB diketuai oleh Ripin Lamat. 

Selain itu, terdapat juga bukan Pemuda PBB yang kini dikatakan sudah pergi ke Team Fadillah. Jika Team Fadillah semakin kuat dan ramai, team ini dapat menyekat kemaraan Team Abg Jo dan Team Awang Tengah daripada menjadi Ketua Menteri Sarawak. 

UMNO dikatakan banyak memberi publisiti kepada Fadillah melalui siaran media UMNO. Dikatakan kerajaan Pusat akan menamakan Fadillah sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak selepas Adenan dan Abg Jo. 

Jika Abg Jo menjadi Ketua Menteri, beliau akan memegang jawatan tersebut selama sepenggal sebelum menyerahkannya kepada Fadillah. Hal ini akan berlaku jika Najib terus menjadi Presiden UMNO.

PILIHAN UMNO

Dalam UMNO juga terdapat dua Team iaitu Team A yang menyokong Abg Jo dan Fadillah sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak dan Team B yang menyokong orang pilihan Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak. 

Team A dan Team B tersebut dapat dilihat sekarang kerana mereka saling bertelagah antara satu sama lain. Team A diketuai oleh seorang bergelar Dato' Seri manakala Team B diketuai oleh seorang bergelar Tun. 

Pesoalannya sekarang, mampukah Team Fadillah menunggu 10 tahun lagi untuk naik sementara menanti Abg Jo menghabiskan penggal beliau sebagai Ketua Menteri selepas Adenan Satem?

TEAM ABG JO

Jawapannya mungkin tidak. Dari pandangan saya sekarang, Ketua Pemuda PBB Cawangan Satok iaitu Iskandar Sarkawi kini sudah berada dalam Team Fadillah. 

Jika Iskandar menumpahkan taat setia beliau kepada Fadillah, kemungkinan besar Iskandar akan dicalonkan sebagai calon PBB di DUN Satok selepas Abg Jo berundur. 

Ini akan menyebabkan PBB Cawangan Satok dalam keadaan bahaya kerana Abg Jo juga dikatakan mempunyai calon pilihan beliau sendiri iaitu Dayang Nurfizawati Openg, Penolong Setiausaha Pergerakkan Wanita PBB Sarawak. 

Adakah akan berlaku pertembungan antara Nurfizawati dan Iskandar untuk merebut jawatan Ketua PBB Cawangan Satok suatu hari nanti? Itu akan diceritakan kemudian. 

Walaubagaimanapun, Team Abg Jo ini dikatakan masih lagi boleh bertahan dengan sokongan orang Melayu dalam PBB biarpun dari segi kewangan, team ini bersih dari rasuah berbanding team-team lain.

TEAM AWANG TENGAH
Sekarang, Team Awang Tengah pula semakin mengecil kerana Awang Tengah dikatakan membawa beban yang banyak kepada PBB namun kekuatan Awang Tengah tidak boleh dipandang enteng kerana beliau mempunyai team yang amat kukuh dari segi kewangan dan kekuatan penyokong di Wilayah Utara dan Selatan Sarawak. 

Awang Tengah kini sedang mengatur strategi dengan berhati-hati. Jika Team Awang Tengah dan Team Abg Jo bergabung, mereka mampu menyekat Team Fadillah yang kini bergerak agresif untuk menguasai tampuk kepimpinan PBB.

KEPENTINGAN RIPIN LAMAT

Kemenangan Ripin Lamat memberi kejutan kepada semua pihak. Beliau dikatakan begitu rapat mendapingi Team Fadillah untuk memastikan Pemuda PBB kuat di Wilayan Tengah Sarawak. 

Gerak badan beliau menunjukkan beliau kini merupakan proksi Fadillah di peringkat negeri sementara Fadillah pula sedang memfokuskan kekuatannya di peringkat Pusat dengan pihak Khairy Jamaluddin. 

Memandangkan Ripin mengetuai Pemuda PBB di peringkat negeri, beliau mesti jawapan kepada soalan ini. 

Kenapa Pemuda PBB mengibarkan bendera UMNO semasa Program Retreat BN di Hotel Grand Magharita baru-baru ini? Biarpun semasa hari kejadian saya mengadakan Majlis Makan Malam DAP di Petanak, saya juga mempunyai bukti peristiwa kejadian Pemuda PBB mengibarkan bendera UMNO. 

Adakah ini bermaksud UMNO akan dibawa masuk melalui sayap Pergerakkan Pemuda PBB? Ripin Lamat mempunyai jawapan kepada soalan ini.

ABDUL AZIZ ISA
SETIAUSAHA PUBLISITI PEMUDA DAP PETRA JAYA

-SarawakLIVE

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget