Tuntut hak sebagai rakan kongsi setara




Sarawak, Sabah dikata rakan kongsi setara Semenanjung tetapi tidak berkuasa bersuara, nyatakan pendirian

KUCHING: Kesemua Ahli Parlimen dari Sarawak harus bersatu menuntut hak sebagai rakan kongsi setara dalam Malaysia dengan mengetepikan perbeza-an fahaman politik mereka.

Ahli Parlimen Stampin Julian Tan Kok Ping berkata Sarawak dan Sabah sering dikatakan rakan kongsi setara dengan Semenanjung Malaysia tetapi tidak mempunyai kuasa untuk bersuara dan menyatakan pendirian.

“Persoalannya adakah kita bertindak seperti ‘rakan kongsi setara? Untuk rakyat melihat kita serius kita perlu bertindak seperti kita mahu iaitu seperti pemegang saham utama dalam sebuah syarikat, menyuarakan pandangan dan pendirian apabila berlaku perkara penting dalam negara.

“Beban yang sangat berat di-rasai oleh wakil rakyat atau Ahli Parlimen terutama mereka yang dalam kerajaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Khidmat Komuniti DAP Stampin di sini semalam.

Menurut Tan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), tidak ada makna untuk terus bercakap mengenai rakan kongsi setara apabila Sarawak terus ‘membisu’ apabila berlakunya perkara penting dalam politik negara.

“Berapa lama kita (Sarawak) akan ‘berpura-pura’ dengan apa yang berlaku seperti isu 1MDB, GST, harga bahan api malah pa-ling teruk kejatuhan merudum nilai ringgit Malaysia dalam pasaran global.

“Kerajaan negeri harus serius membuat pendirian agar rakyat tahu kerajaan serius memper-tahankan kepentingan mereka,” ujarnya.

Sebagai contoh katanya, Sara-wak tidak menyatakan sebarang pendirian berhubung isu 1MDB sedangkan ia memberi kesan kepada negeri ini secara tidak langsung selaku rakan kongsi setara dalam Malaysia.

Tan turut mengingatkan bahawa Sarawak mempunyai 31 Ahli Parlimen iaitu 25 Barisan Nasional, lima DAP dan satu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), jumlah yang dapat membuat perubahan besar dalam Parlimen.

Manakala BN persekutuan hanya mewakili kerusi-kerusi minoriti dalam Parlimen, tambahnya.

“Persoalannya masih sama, apabila tiba masa untuk meng-undi dalam Parlimen, terutama terhadap dasar yang tidak berpihak kepada rakyat Sarawak, adakah semua 31 Ahli Parli- men ini mengundi menentangnya?

“Apa yang saya tahu , untuk isu GST, semua Ahli Parlimen pembangkang Sarawak mengundi untuk menentang kerana kami tahu apa yang rakyat negeri ini mahu,” katanya.

Sarawak kata Tan lagi, hanya boleh menjadi ‘penentu pemimpin’ sebenar jika Sarawak boleh mempertahankan hak.

“Jika tidak kita akan terus menjadi boneka, seseorang yang mudah termakan janji-janji manis dan leka apabika diberi habuan,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget