'Adenan Bodoh kerana tidak mahu keluar Malaysia - Beng Kor'



Seorang aktivis pemisah Sarawak hari ini sekali lagi melancarkan provokasi terhadap Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem.

Menerusi akaun facebook 'Beng Kor' beliau mengatakan Adenan sebagai pemimpin bodoh kerana tidak mahu berjuang agar Sarawak keluar Malaysia, sebaliknya hanya mengharap autonomi dari kerajaan pusat.

'Beng Kor' mendakwa Adenan sangat bodoh kerana cuma dapat 5% dari kerajaan persekutuan.

Tindakan 'Beng Kor' yang menghina Adenan dengan kata-kata kesat menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-rata kurang senang dengan keadaan tersebut.



'Beng Kor' dilihat berulang-ulang mencaci Ketua Menteri sambil mengajak warga Sarawak berjuang untuk keluar dari persekutuan Malaysia, dan menyifatkan itu saja langkah yang terbaik.


'Beng Kor' turut merayu orang ramai menderma untuk menampung kos perjuangannya membawa Sarawak keluar dari Malaysia, termasuk untuk bertanding dalam pilihan raya negeri ini nanti.

Ini bukanlah kali pertama 'Beng Kor' menghina pemimpin negeri, selain melancarkan provokasi untuk tujuan menghasut rakyat Sarawak agar keluar dari persekutuan Malaysia.

Sehingga kini, tinjauan kami mendapati belum ada laporan polis terbaru dibuat terhadap pemilik akaun Facebook 'Beng Kor'.-SarawakLive

Post a Comment

beng kor pun bodoh juga ingat senang nak keluar malaysia???baik kau je keluar dari sarawak s4s konon

org yg xpaham2 perundangan..kluar pun sarawak dr malaysia..london berhak menentukan kemana arah tuju sarawak..

Ladies and Gentlemen, the truth is..... Malaysia DOES NOT exist. Simply because Singapore left the Federation of Nations in 1965. By legal practice, this partnership should be proclaimed null and void RIGHT AT THAT POINT IN TIME. Those in the legal practice will know and understand what I said here.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget