Hanya fail lama terlibat kebakaran, kata polis KL



Kebakaran yang berlaku di Jabatan Siasatan Jenayah yang terletak di Tingkat 10, Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini hanya melibatkan kertas dan fail siasatan lama, kata Datuk Tajudin Md Isa.

Ketua polis Kuala Lumpur itu berkata, berdasarkan laporan awal, hanya bahagian koridor tingkat berkenaan terjejas dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.

"Butiran terperinci tidak diperoleh lagi, tetapi daripada laporan awal, kebakaran berpunca di tingkat 10 Menara 2. Kita percaya di kawasan koridor sebelah luar.

"Difahamkan kebakaran berlaku hanya pada kertas dan fail lama. Pihak forensik bomba masih berada di tempat kejadian," katanya ketika ditemui media di Kuala Lumpur petang ini.

Tajuddin berkata pihak bomba akan membuat keputusan sama ada jabatan yang terlibat dengan kebakaran itu selamat untuk digunakan esok.

"Biar bomba jalankan siasatan dulu dan kita lihat bagaimana.

"Kebakaran berlaku di sebelah luar. Tengok keputusan pihak bomba. Kalau selamat digunakan, mereka boleh masuk," katanya.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Datin Asmawati Ahmad berkata, kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

Kebakaran dipadamkan pada jam 8 malam oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. –The Malaysian Insider

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget