Tinjauan: Hanya 13% tak puas hati dengan KM S'wak




Tinjauan pada April lalu mendapati sebanyak 74 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem selepas 14 bulan di tampuk kuasa.

Menurut pusat kajian bebas Merdeka Centre, keputusan itu dicapai hasil tinjauan melibatkan 606 responden.

Ketuanya Ibrahim Suffian berkata, seramai 82 peratus bumiputera Islam berpuas hati dengan Adenan, diikuti bumiputera bukan Islam (74 peratus) dan Cina (67 peratus).

“Hanya 13 peratus pengundi tidak berpuas hati,” katanya.

Beliau berkata perkara itu kemungkinan berlaku hasil usahanya untuk membasmi rasuah di Sarawak.

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya Sarawak Dr Faizal S Hazis pula berkata tindakan Adenan mendengar suara pengkritiknya juga dilihat memberi faedah kepadanya.

“Untuk beberapa bulan lalu beliau telah bertemu dengan pemilik Sarawak Report dan aktivis selamatkan sungai Sarawak.

“Adenan juga telah berikrar untuk menyemak semula jumlah empangan yang dibina,” katanya. -Malaysia Kini.

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget