Hentam Dr Mahathir hanya jadikannya ‘popular’, kata TPM


Pihak yang menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan perbuatan sia-sia kerana ia hanya menyebabkan populariti bekas perdana menteri itu semakin melonjak naik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri itu merujuk kepada ahli Umno yang menggunakan media arus perdana untuk menghentam Dr Mahathir kerana begitu lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terutama berkaitan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Muhyiddin, tindakan tersebut hanya menyebabkan kedudukan Barisan Nasional (BN) semakin lemah dan goyah.

"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea.

"Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan .

"Jadi berhentilah hentam Dr Mahathir, beliau adalah bekas perdana menteri, lagi anda hentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," katanya semasa ucapan penggulungan mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

- The Malaysian Insider
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget