Bersih 4 Kuching telah menang. Penganjurnya Nicholas Mujah, Peter John dan Karen Shepherd telah menang. Rakyat Sarawak telah menang.
Tetapi pihak yang sebenar-benarnya telah tewas adalah DAP Sarawak kerana mereka tidak memperolehi peluang yang mereka sangat mahukan, iaitu menghimpunkan 10,000 memasuki lapangan Song Kheng Hai dan memenuhi tempat acara pada hari pertama 29 Ogos.
Nampaknya, parti pembangkang itu tidak mampu menghimpunkan 10,000 orang tetapi mereka masih cuba berlagak dengan berarak lebih kurang satu kilometer ke lapangan Song Kheng Hai melaungkan ‘Najib Turun’.
Perarakan dan laungan ini bukan sebahagian daripada perjanjian antara penganjur Bersih 4 Kuching dengan polis, kerana pengerusi Nicholas Mujah tidak mahu terlibat dengan pertunjukan DAP.
Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen yang kecewa, berkata dalam kenyataan media yang dikeluarkan: “ Pelanggaran yang dikatakan Nicholas Mujah sangat mengarut. Misalnya, dia mengatakan yang kami menyerang Najib dan mendesak dia meletakan jawatan dan kami berarak dalam jumlah yang ramai.
“Untuk perarakan Bersih 4Kuching ini, ribuan orang turun ke jalan di Kuching kerana kita semua mahu Najib berundur. Jika kita tidak mampu mendesak perletakan jawatannya, jadi apa gunakan perarakan ini?
“Jika jawatankuasa kerja Bersih 4 Kuching takut sangat mendesak pengunduran Najib, lebih baik tak perlu anjurkan perarakan langsung.
“Kerana itu, sangat mengejutkan untuk mendengar pengerusi Bersih 4 Kuching memberikan alasan (kerana DAP mendesak Najib meletakan jawatan) kerana pembatalan perarakan pada hari kedua.”
Saya tidak terkejut. Ramai orang yang datang ke perarakan dua hari berturut-turut seperti saya juga tidak terkejut. Rakyat Sarawak tidak terkejut.
Kami tidak terkejut dengan keputusan untuk membatalkan perarakan tersebut kerana DAP mungkin akan membanjiri tempat perarakan dengan 10,000 orang dan penganjur tidak akan mampu berbuat apa-apa bagi menghalang mereka bertindak sesuka hati pada hari kedua perarakan sekiranya ia tidak berlaku.
Ingat, Bersih 4Kuching diberikan kelulusan untuk diadakan dengan syarat yang sangat ketat dna hanya kepada penganjur, bukan sesiapa, apatah lagi DAP.
Sekiranya ada desakan untuk Najib meletakan jawatan, ia perlu datang daripada peserta Bersih 4 Kuching, bukan DAP dan 10,000 pengikut mereka, yang tidak nampak batang hidungpun.
Sistem penyampaian awam tidak dijalankan tanpa sebab yang baik. Ia adalah tindakan penghalang.
Sudah tentu Chong tidak gembira apabila dia datang ke padang dan mendapati dia tidak boleh berucap seperti mana yang dia mahukan.
Samada dia tidak menyedari Bersih 4 Kuching bukanlah acara DAP atau dia merasakan penganjur tidak berani menghalangnya.
Dengan 10,000 pengikut yang didakwa DAP, parti pembangkang patutnya menganjurkan perarakan mereka sendiri berbanding mahu tumpang berteduh di bawah Bersih 4 Kuching.
Sekiranya Chong masih terasa disebabkan dipinggirkan dalam Bersih 4 Kuching dia tidak boleh menyalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri.
- The Ant Daily
Post a Comment