Rosmah Guna Bomoh Kuasai Pentadbiran Kerajaan, Kawal Kontrak Kem Kewangani



Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.

“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” katanya.

Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk ‘menundukkan’ sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.

“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.

Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.’

Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.

“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:

“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan. Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak. -KeadilanDaily.

Post a Comment

Deepak ini pembohong besar setelah sudah banyak ambil kesempatan dan kini sudah tersisih baru buatcerita macam2. kalau kamu benar kita cabar kamu bertindak demi kebenaran tanpa memutar belitkan keadaan seperti buat laporan polis serta dengan bukti yang ada. Pededahan melalui buku hanya untuk kepentingan kamu sendiri dan bukan utk maksud kebenaran.

Xkan la kuasa Rosmah melebihi kuasa Allah..
Kalo dia jahat mana bole dia masuk Mekah.

Sy bukan nak sokong mana2 pihak tp nak betulkan tanggapan anda yg salah. Abu Jahal dan Abu Lahap yg memusuhi Nabi SAW tinggal di Mekah. Jdnya orang jahat juga boleh pergi ke Mekah. Kalau anda kata ianya peristiwa lama cuba baca mubaligh kristen Belanda semasa era penaklukan belanda di Indonesia menyamar sebagai muslim lalu ke Mekah bg menjalankan jarum jahatnya.

Kita tidak dapay menilai seseorang jahat atau baik. Hanya dia sendiri yg tahu. Dalamhal ini Deepak yg tahu sekiranya benar Rosmah pakai BOMOH itu adalah syirik dalam Islam dab juga menyalahguna kuasa dan rasuah di mana Deepak perlu bertindak lebih dari hanya melalui buku dan tidak sepatutnya berhenti di situ saja. Maka dia bersubahat.

Tun M pernah menyatakan bahawa Rosmah memggunakan khidmat bomoh Indonesia dan India tetapi meminta untuk jangan melayan kenyataan Deepak...sihir sememangnya wujud kerana ia amalan syaitan dan iblis...Allah berikan pilihan di atas muka bumi ini iaitu baik dan jahat...klu baik dipinta maka baiklah dan kalau jahat didamba maka jahatlah...tiada kena mengena persoalan mengenai org jahat mengunjungi mekah pun..

Abu Jahal,Abu Lahab dulu tinggal di Mekah.Bukan setakat masuk

Sebenarnya kerajaan iblis memang sukakan orang2 diperingkat atasan agar dapat mempengaruhi pentadbiran sesuatu negeri atau negara.Contoh2 yg diterangkan didalam Al Quran banyak berkisar dikalangan golongan bangsawan atau pemerintah2.Firaun, Qorun,Namrud, semuanya dipengaruhi iblis, begitu juga orang2 alim yg sentiasa digoda iblis. Tidak mustahil juga, pengaruh pemerintahan sukarno dikuasai oleh ratu kiddul.

Cer Google dalam u tube cari "Rosmah perempuan puaka"

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget