Kerajaan fokus pembangunan serta pendidikan luar bandar: Abdullah


SEMOP: Usaha memantapkan prestasi dan kecemerlangan pendidikan murid-murid luar bandar terus menjadi agenda utama kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abdullah Saidol berkata pendidikan diberi lebih tumpuan kerana membawa banyak perubahan dan pembangunan kepada masyarakat.

“Sejajar dengan usaha matlamat mencapai kecemerlangan itu, tahun ini untuk sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop murid-murid menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015, sejumlah RM18,850 insentif diagihkan.

“Insentif itu diagihkan kepada seramai 168 orang murid-murid mendapat keputusan 5A dalam UPSR bagi 2015 dari 21 buah sekolah kebangsaan (SK) di kawasan ini.

“Bagi meringankan beban ibu bapa memasuki persekolahan Tahun 1 turut diagihkan bantuan beg sekolah kepada 21 buah SK di kawasan ini melibatkan seramai 310 orang murid-murid,” katanya ketika mengadakan lawatan secara santai bertemu masyarakat di sini semalam.

Abdullah berkata, bagi memberi peluang kepada masyarakat menjalankan program gotong-royong sebanyak sembilan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima sumbangan sejumlah RM54,000 diagihkan.

“Sumbangan berbentuk MRP bagi JKKK rumah panjang dari kawasan Sian, Selidap dan Muara Bunut sejumlah RM52,600 diberikan kepada penduduk 14 buah rumah panjang melibatkan 253 pintu.

“Harapan kita sumbangan itu mampu meringankan beban penduduk terutama membantu mereka memperbaiki kemudahan di rumah panjang,” katanya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget