Sokongan pengundi akan dibalas


KAPIT: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata rakyat mengundi beliau sebagai Ahli Parlimen dan adalah menjadi tanggungjawabnya berkhidmat kepada rakyat sebagai balasan atas sokongan.

“Ini tanggungjawab dan tugas harus dilaksanakan saya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat yang memberi sokongan.

“Rakyat mengundi saya dan kita menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum lalu,” katanya pada Majlis Ngentak/Niri Tiang Rumah Eku, Pelagus, Sungai Rajang.di sini kelmarin.

Alexander berkata, sebagai wakil rakyat beliau sentiasa peka terhadap suara dan keperluan rakyat tanpa mengira di bandar dan luar bandar dengan menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

“Kita semua tahu perlunya membina rumah panjang baharu untuk memenuhi keperluan penduduk semakin meningkat dan menyediakan rumah panjang lebih selesa dan selamat.

“Oleh itu, saya berharap penduduk rumah panjang dapat memberi kerjasama kerana bukan tugas mudah membina sebuah rumah panjang baharu,” ujarnya.

Ahli Parlimen Kapit itu menasihati penduduk rumah panjang bekerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam menjayakan proses pembinaan rumah panjang baharu.

“Kerajaan mempunyai peruntukan pembinaan rumah panjang baharu. Bagaimanapun, rakyat sendiri perlu berusaha mengumpul dana untuk membina rumah panjang.

“Rakyat tidak boleh bergantung seratus peratus bantuan kerajaan. Sebagai wakil rakyat, saya akan melakukan terbaik untuk membantu dalam apa cara,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Politik Ketua Menteri Jefferson Jamit Unyat, Pegawai Daerah Kapit, Elvis Didit dan ketua-ketua masyarakat.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget