Tiada Arahan Henti Taja Pelajar Universiti Taylor - Annuar


KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai keputusan untuk tidak meneruskan tajaan Mara terhadap pelajar Universiti Taylor.

Beliau berkata pelajar tajaan Mara dari universiti tersebut akan diteruskan sementara menunggu arahan selanjutnya.

"Saya belum bertemu dengan menteri berhubung perkara ini. Berdasarkan laporan akhbar, saya difahamkan bahawa ia untuk pelajar baharu.

"Saya tidak pasti sebab pemberhentian itu, tetapi laporan menyebut ia disebabkan menteri tidak gembira mengenai keputusan universiti tersebut menamatkan perkhidmatan operator bas," kata Annuar.

Beliau merujuk kepada pengumuman Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin bahawa Mara akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor.

Difahamkan pemberhentian penajaan tersebut disebabkan tindakan pihak universiti swasta itu yang menamatkan perkhidmatan operator bas didakwa membawa peserta Himpunan Rakyat Bersatu menggunakan bas yang mempunyai lambang universiti tersebut.

- MStar Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget