Pilihan Dr Penguang calon BN Marudi bertentangan dengan pilihan Adenan


BELURU: Seramai 51 tuai rumah, kaunselor dan ketua masyarakat di Marudi menyifatkan calon pilihan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang di Marudi sebagai bertentangan dengan calon dimahukan pucuk pimpinan.

Jurucakap Tuai Rumah Joshua Bungkong berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebelum ini mengumumkan bahawa calon yang dipilih mewakili BN ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi sekarang, Datuk Sylvester Entri Muran.

Baru-baru ini, semasa majlis pecah tanah rumah panjang Budin Nawek di Tinjar, Ahli Parlimen Baram Anyie Ngau mengumumkan Datu Dr Penguang Manggil akan bertanding mewakili BN atas tiket SPDP.

“Kami bersetuju dengan mesej Anyie yang memberitahu agar memilih pemimpin yang memahami aspirasi rakyat, namun tindakan memilih orang lain selain Entri adalah salah dan ber-tentangan dengan kehendak pimpinan atasan.

“Bagi kami, Dr Penguang umpama orang asing dan tidak dikenali.

“Kami hanya dapat me-nerima pimpinan dan kerajaan di bawah Entri. Hanya beliau satu-satunya pemimpin yang boleh diharapkan dan kami menyokong sampai bila-bila,” kata-nya.

Joshua turut menafikan kehadiran 43 tuai rumah di Rumah Budin dan menyifat-kan ia sengaja disensasikan.

Katanya seramai 91 tuai rumah hadir pada majlis taklimat Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) di Beluru pada hari yang sama.

“Siapa yang kita mahu percaya sekarang, Ketua Menteri atau Anyi?,” kata-nya sambil menegaskan mereka hanya menerima pemimpin yang kerap turun padang dan dapat membawa pembangunan berterusan di Marudi.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget