Simoi guna cuti Aidiladha untuk tinjau projek


SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri menggunakan peluang cuti umum sempena Hari Raya Aidiladha meninjau beberapa projek dilaksanakan di kawasannya semalam.

Antara projek dalam pelaksanaan ialah parit konkrit di Sungai Jambu, Kampung Pasir Panas di sini.

Beliau berkata, selepas me-ninjau keadaan parit konkrit di Sungai Jambu, Kampung Pasir, beliau turut meninjau keadaan parit konkrit baharu siap di Kampung Hulu Sri Aman.

“Kos pembinaan parit itu berjumlah RM50,000 di bawah Rural Transformation Project (RTP) diluluskan kerajaan negeri dan merupakan aspirasi Ketua Menteri membangunkan kawasan luar bandar.

“Sebelum ini, Kampung Hulu tiada sistem perparitan sempurna malah sering menghadapi masalah air bertakung dan banjir kilat,” katanya.

Turut mengiringi beliau, Juruteknik Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman Norizan Ali, Ketua Kaum Abdul Latif Abdul Rahim dan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Hulu Jemali Hamden.

“Mana-mana kawasan yang belum mempunyai sistem perparitan sempurna di DUN Lingga akan diberi perhatian secara berperingkat bergantung kepada peruntukan dan kelulusan kerajaan negeri,” jelasnya.-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget