Jadi penceramah antirasuah bukti integriti KM diiktiraf


KUCHING: Kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebagai penceramah utama pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa di Putra Jaya kelmarin menunjuk pengiktirafan kepada kerajaan negeri dalam usaha membasmi rasuah dan menegak integriti di negeri ini.

Menurut Pengerusi Kelab Penyokong BN Sarawak (BNBBC) Abdullah Saidol, beliau secara peribadi, bangga apabila Ketua Menteri diundang sebagai seorang penceramah utama.

“Ia merupakan satu penghormatan dan petunjuk sahih pengiktirafan terhadap usaha Adenan membasmi rasuah dan mengukuhkan nilai-nilai integriti dalam pentadbiran negeri.

“KM Adenan amat serius dalam usaha mentadbir perkhidmatan yang cekap terutama membabitkan kebajikan rakyat dan pembangunan,” katanya diminta mengulas mengenai pembabitan Ketua Menteri di forum antarabangsa itu semalam.

Katanya, Adenan juga amat menitikberatkan tahap penguatkuasaan pelbagai agensi.

Sarawak merupakan negeri pertama di negara ini apabila Adenan mengarahkan pelbagai agensi termasuk anggota kabinet negeri melafazkan ikrar integriti.

Menurut Abdullah lagi, dalam memerangi rasuah, adalah mustahak untuk melihat kecekapan dan keberkesanan cara menyiasat mereka didakwa terbabit dalam rasuah secara langsung atau sebaliknya.

Baru-baru ini SPRM memilih untuk membekukan akaun bank mereka yang disyaki terlibat dalam pembalakan haram.

“Meskipun kita faham tindakan sedemikian mungkin sebahagian daripada prosedur penyiasatan.

“Tetapi kadang-kadang apabila dilaksanakan tanpa berhati-hati dan dikendali pegawai kurang pengalaman yang tidak memahami situasi tertentu dan terlampau teruja, ia mungkin menyebabkan pihak tidak bersalah menjadi mangsa sehingga menjejas reputasi,” tegasnya.

Katanya, beliau percaya SPRM adalah profesional dan mereka cuba terbaik dalam mendukung integriti peranan dan tanggungjawab mereka tanpa takut dan berpihak.

Fungsi SPRM sewajarnya tidak diganggu dan dipengaruhi mana-mana pihak terutama ahli politik atas apa sahaja alasan.

Jika sebaliknya, dikhuatiri perihal akauntabiliti dan ketelusannya akan dipersoalkan.

Beliau menegaskan, apabila membincangkan tentang pengurusan negeri, sewajarnya kita tidak boleh sewenang-wenangnya dipengaruhi oleh tuduhan tidak berasas atau sindiran liar oleh pihak asing yang melakukan sesuatu dengan putar belit dan minda jahat.

“NGO angkuh dan bongkak yang pernah ketika dahulu menjajah kita kini menuding jari kepada kita dengan tangan yang penuh kekotoran,” katanya.

- Borneo Post Online

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget