Rasuah bukan krisis utama di Malaysia-SPRM


PETALING JAYA: Dakwaan Malaysia berdepan dengan krisis rasuah yang serius disifatkan tidak benar.

Sanggahan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pencegahan), Datuk Mustafar Ali.

Jelasnya, kritikan segelintir delegasi antarabangsa yang hadir pada Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) yang mengaitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat tanpa berdasarkan fakta kukuh.

“Rasuah suatu yang serius dan berlaku di mana-mana negara. Namun ia bukan krisis utama di Malaysia. Ia (kritikan) tak benar.

“Itu persepsi dan pandangan mereka apabila mereka menyatakan kebimbangan.. mungkin mereka tak ada fakta,” katanya yang dipetik daripada Mstar Online.

Menurut Mustafar kritikan itu dianggap tidak berasas kerana ia hanya merujuk kepada satu kes sahaja.

“Beliau hanya merujuk kepada seorang individu sahaja. Mereka membandingkan skandal yang dihadapi Malaysia dengan negara lain,” katanya.

Pada sidang media pada Jumaat, beliau berkata, Malaysia sentiasa berusaha keras untuk membanteras rasuah dengan menyifatkan penganjuran persidangan IACC sebagai bukti komitmen negara ini serius dalam menangani isu berkenaan.

Persidangan yang bermula Rabu lalu sepatutnya dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, bagaimanapun ia kemudian diganti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Senator Datuk Paul Low Seng Kuan.

Ia dibuat atas alasan keselamatan dan kehadiran aktivis luar yang akan membangkitkan skandal 1MDB dengan Najib.

- Free Malaysia Today 
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget