Hope Place lawat keluarga daif dan hulurkan bantuan


BINTULU: Hope Place Kuching merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan kerja-kerja amal melawat keluarga-keluarga miskin dan daif sekali gus menyumbang pelbagai barang makanan.

Antara barangan yang disumbang ialah beras, minyak masak, gula, garam, biskut, mi dan sebagainya untuk sekali dalam tempoh dua bulan disebabkan ramai keluarga memerlukan dalam senarai penerima bantuan pertubuhan itu.

Kebanyakan keluarga dan individu menerima bantuan itu tidak mampu menampung keperluan harian mereka setiap bulan sekali gus amat bersyukur dengan bantuan keperluan yang diberikan.

Jurucakap Hope Place Kuching menyatakan bagi keluarga dan anak-anak atau warga emas yang memerlukan bantuan khas, pihaknya menyediakan bantuan seperti susu tepung dan lampin.

“Setakat ini, kami memberi sokongan kepada lebih 130 keluarga. Keterangan lanjut mengenai cara membantu boleh hubungi Hope Place di talian 013-5672775 dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada Isnin hingga Jumaat,” jelasnya.

Orang ramai yang berminat memberi sumbangan juga boleh memohon mendapatkan resit daripada kakitangan Hope Place dan sumbangan wang tunai boleh didepositkan terus ke nombor akaun Maybank 5112-8900-1160 (Persatuan Kebajikan Harapan Kuching).-Utusan Borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget