“Saya tiada masa nak minum petang dengan pegawai Rosmah”- Akmal


KUALA LUMPUR: Pelawaan Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor untuk ‘minum petang’ bersama ditolak Pengarah Malaysia National Oversight and Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir.

Katanya, dia tidak mempunyai masa untuk bersemuka dengan Rizal kerana banyak lagi tugas besar yang perlu diselesaikan.

“Tidak ada masa, banyak lagi isu lain saya kena hadap, kena hadap polis, hadap saman. Ini ajak minum teh pula,” katanya semasa sidang media di pejabatnya.

Terdahulu, Rizal menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Akmal bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung jawatan penaung yang disandangnya.

Pada masa sama ketika diminta mengulas mengenai sumber maklumat yang diperolehi berhubung pendedahan skandal YaPEIM, dia berkata, tidak mengetahui nama individu yang memberi maklumat kepadanya.

“Saya sebenarnya tidak kenal siapa pemberi maklumat (skandal YaPEIM) sebenarnya. Kita lindung pemberi maklumat dan kita mahu memantau perbelanjaan melibat dana orang awam,” katanya.-Free Malaysia Today

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget