SUNGAI BULOH 7 JULAI: Di sebalik tirai besi yang menjadi mangsa rakus politik Umno BN, Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim menggesa agar semangat Pakatan Rakyat yang dibina pada 2008 itu dikekalkan.
Menyampaikan perutusan melalui peguamnya Sivarasa Rasiah, Anwar berkata, perkembangan mutakhir yang bermula dengan bibit keretakan, kini mengakibatkan wadah formal Pakatan tidak wujud lagi.
Namun, saya tegaskan bahawa semangat dan dasar bersama yang disepakati Pakatan tetap kekal malah semangatnya perlu ditingkatkan.
“Dengan muafakat baru ini, kita perlu menjana perubahan dengan wadah yang lebih kukuh dan utuh – menggembleng tidak sekadar wadah parti malah wadah rakyat yang lebih inklusif, mencakup semua kalangan yang setia pada semangat perjuangan memartabatkan setiap insan di negara Malaysia tercinta,” katanya.
Mengingatkan semua pihak, bahawa Pakatan Rakyat adalah penjelmaan idea muafakat yang dicetuskan rakyat menuntut perubahan. Meskipun gagasan tersebut atau beberapa aspek darinya telah lama diperjuangkan oleh parti-parti, NGO-NGO dan aktivis-aktivis tetapi gema tuntutan melonjak dan diterjemahkan dengan mendukung KEADILAN, DAP dan PAS dalam Pilihan Raya Umum 2008.
“Pimpinan ketiga-tiga parti ketika itu menyahut hasrat rakyat yang berbicara lantang soal kebebasan dan keadilan; negara hukum; pembanterasan rasuah dan penyelewengan kuasa serta ekonomi yang saksama dan tidak dibolot segelintir yang maha kaya.
“Maka pimpinan Pakatan Rakyat menerima asas perlembagaan negara dan mencerakinkan agenda bersama tatakelola negara; agama; ekonomi; pendidikan; dan budaya,” kata Anwar.
Tetapi impian rakyat itu tidak menjadi realiti akibat pengendalian pilihan raya yang bersih gagal dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). - Keadilan Daily
Post a Comment