Taib Kurniakan Pingat dan Anugerah Negeri Kepada 209 Penerima

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam mengurniakan pingat dan anugerah negeri kepada 209 penerima pada majlis pengurniaan di Dewan Santapan Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini.

Pingat dan anugerah itu diberikan semasa hari jadi bekas Yang di-Pertua Ne-geri Tun Abang Muhammad Salahuddin tahun lepas.

Senarai penerima didahului Presiden Tokuyama Corporation Dato Sri Kazuhisa Kogo yang dianugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) (Kehormat).

Tiga lagi dianugerahkan Johan Bintang Sarawak (JBS) iaitu Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Betong Mohd Rajuna Omar, Temenggung Nunong Dandan dari Rumah Gensurai Layar, Betong dan Penghulu Henry Jala Tamalai dari Bario.

Manakala Setiausaha Agung Persatuan Gereja Sarawak Ambrose Linang adalah penerima tunggal untuk Johan Bintang Ke-nyalang (JBK).

Enam pula menerima anugerah MPSJ Bintang Sarawak (PBS) iaitu Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur Datuk Zaiton Johari, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Hassan Busu, Leftenan Kolonel Robert Rizal Abdullah, Lee Say Hin, Mohamad Azlan Iskandar dan Sulaiman Wak.

Sembilan belas lagi diberi anugerah MPSJ Bintang Kenyalang  (PBK).

Antara penerimanya ialah ACP Burhanuddin Abdul Majid, Leftenan Kolonel Isnin Juhid, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit, Mejar (B) Peter Runin, Abdullah Jaini dan Wendy Terang.

Antara 16 penerima yang dianugerahkan Pingat Per-khidmatan Bakti (PPB) pula ialah Penolong Pengarah Kanan I, Jabatan Kastam Diraja, Pulau Pinang Tan How Chai, Pegawai Daerah Betong Jumaat Belik, bekas Ketua Biro Bernama Kuching Caroline Anne Ranyed Jackson, Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Perhutanan Sarawak Oswald Braken Tisen dan Krishan Singh Dulup Singh.

Sementara itu, 45 yang lain dianugerahkan Ahli Bintang Sarawak (ABS), tujuh Ahli Bintang Kenyalang (ABK), 39 Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT) dan 72 Bentara Bintang Sarawak (BBS).

Hadir sama isteri Yang di-Pertua Negeri Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kemajuan Tanah Tan Sri Datuk Amar James Ma-sing, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin masyarakat.-utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget