Bas Jatuh Gaung, 44 Cedera

PADANG BESAR: Seramai 44 orang cedera selepas bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di Kilometer 37 Wang Kelian di sini pagi Ahad.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, bas tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Kepala Batas, Pulau Pinang ke Wang Kelian bagi tujuan membeli-belah.

Bagaimanapun ketika melalui cerun dan jalan berselekoh, pemandu bas berkenaan dilaporkan gagal mengawal kenderaannya sebelum terjunam ke dalam gaung.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md Deros berkata, penumpang bas berkenaan terdiri daripada 33 perempuan, enam lelaki dan lima kanak-kanak.

"Terdapat mangsa yang mengalami kecderaan parah dan selainnya hanya cedera ringan, jumlah tepat mengenai kecederaan yang dialami masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi. -mstar

Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget