Serah isu peruntukan kerusi kepada KM dan PM

MARUDI: Parti politik yang baharu ditubuhkan dan hangat dipersoalkan ketika ini, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) berkata semua pihak perlu menyerahkan isu mengenai peruntukan kerusi Barisan Nasional (BN) kepada Ketua Menteri dan Perdana Menteri bukannya memperdebatkannya.

Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran berkata sebaliknya para pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi perlu memberi fokus kepada perkara utama iaitu mengeratkan kerjasama dan mengukuhkan perjuangan di belakang pemimpin BN.

“Ketua Menteri kita adalah seorang yang bijak dan tahu apa yang harus dilakukan dan semua 11 orang wakil rakyat dalam TERAS adalah daripada BN dan akan kekal begitu (bersama BN).

“Ia adalah orang yang memutuskan apa kesudahannya bagi SPDP, SUPP atau TERAS sama ada mahu mendapatkan kerusi dan kehilangan (kerusi) pada pilihan raya?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Rumah Engkas Entari di Sungai Mallang Sanin di Bakong malam Sabtu lalu.

Entri yang merupakan bekas setiausaha agung SPDP dan tiga wakil rakyat dalam kumpulan G4 yang dipecat oleh parti sebelum ini telah bergabung mewujudkan Kelab BN.

Pengumuman kemasukan mereka untuk menyertai TERAS minggu lalu sebagai landasan politik mereka bersama pemimpin lain dan kumpulan penentang daripada SUPP yang diketuai Dato Sri Wong Soon Koh, telah mengubah parti baharu ini menjadi yang kedua terbesar di negeri ini dengan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Ahli Parlimen di dalamnya.

TERAS kini mendapat momentum daripada ahli-ahli Kelab BN yang beramai-ramai menyertai parti itu di Marudi dan situasi sama turut disaksikan berlaku di hampir setiap bahagian di negeri ini dengan bekas-bekas ahli SPDP dan SUPP turut meninggalkan parti masing- masing bagi menyertai mereka dalam TERAS.

Perkembangan tersebut juga menyebabkan SUPP dan SPDP berjuang mengekalkan kerusi mereka, walaupun ramai ahli mengumumkan bahawa mereka meninggalkan parti itu untuk menyertai TERAS, hampir setiap hari.

Dalam pada itu, Entri memberitahu bahawa beliau lebih suka melihat semua pihak menyokong BN dan menjadikan BN semakin kuat pada Pilihan Raya Negeri akan datang dengan terus bergerak ke hadapan dan meletakkan kepentingan rakyat di tempat pertama berbanding kepentingan peribadi.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat di Marudi kerana telah memberi sokongan dan keyakinan tinggi kepada beliau sejak dipilih sebagai wakil mereka.

Mandat mereka terhadap beliau dan BN telah membolehkan banyak kemajuan dicapai di kawasan luar bandar ini termasuk manfaat kemudahan jalan raya yang lebih baik, bekalan air dan elektrik dan program-program lain yang meningkatkan taraf sosioekonomi.

Mengenai sambutan ulang tahun rumah panjang berkenaan yang pernah musnah dalam kebakaran 15 tahun lalu, Entri berkata Rumah Engkas adalah model rumah panjang yang berjaya bangkit daripada tragedi yang pernah menimpa mereka.

Rumah panjang itu kini mempunyai 11 pemegang ijazah dan empat pemegang diploma, sekali gus mencerminkan kemajuan dicapai dalam pendidikan manakala pembukaan kebun kecil kelapa sawit dan aktiviti lain yang membantu menjana pendapatan mereka, telah berjaya meningkatkan taraf sosioekonomi penghuni rumah panjang terbabit.

Sambutan berkenaan dihadiri orang ramai yang sebahagian besarnya adalah pelawat dari Tinjar, Teru, Beluru, Bakong dan Marudi.

Turut hadir Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, pemimpin masyarakat, ketua- ketua rumah panjang dan masyarakat setempat. -utusan borneo

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget