Ikrar rampas Teluk Intan - Mah Siew Keong

gambar dari BERNAMA
Teluk Intan: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong berjanji dan berikrar akan merampas dan mengembalikan semula kerusi Parlimen Teluk Intan kepada BN.

Katanya, hanya kerja keras jentera BN akan dapat memastikan perkara berkenaan dapat dicapai.

“Jentera akan menentukan kemenangan dan saya minta semua dapat memberi kerjasama kerana hanya jika bekerjasama kita boleh menang.


Kerja keras
“Saya harap dua minggu ini kita dapat kerja keras. Saya janji kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) kita akan rampas semula Teluk Intan.
“Jika BN menang balik Teluk Intan bukan bermakna Mah hebat tapi BN hebat, UMNO hebat dan parti lain juga hebat,” katanya.

Siew Keong turut mengucapkan terima kasih kepada BN terutama Perdana Menteri dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terus memberikan kepercayaan mencalonkan beliau bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan.

Dalam pada itu, Siew Keong turut memohon maaf kepada semua pengundi Teluk Intan seandainya beliau ada melakukan kesilapan sepanjang menjadi wakil mereka sebelum ini dan berharap mereka terus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada BN.
Beliau sempat berseloroh mengenai calon DAP.

“Dua hari lalu seorang rakan dari pembangkang berkata, kali ini pembangkang mahu meletakkan seorang wanita cantik sebagai calon dan saya beritahu kita akan letak seorang lelaki ‘handsome’.

“Bukan saya... sebab masa tu saya tak pasti saya diletakkan sebagai calon lagi,” katanya sambil berseloroh. - berita harian
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget