Amuk, Ugut Bunuh Ibu, Adik

SEORANG penganggur diberkas polis setelah dipercayai mengamuk dan mengugut akan membunuh ibu serta adik perempuannya dalam satu kejadian yang berlaku di Tudan Fasa 4 di Miri, malam kelmarin.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek semasa mengamuk dan mengugut kedua-dua mangsa.

Terdahulu menurut sumber, suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah tiba-tiba mengamuk sambil memegang sebilah parang dan mengugut akan membunuh ibu dan adik perempuannya.

Berikutan itu, ibu terbabit yang ketakutan dan berasa keselamatan diri serta ahli keluarganya terancam segera menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.

Sepasukan polis diketuai Subinspektor Khor Hang Seng yang bergegas ke tempat kejadian telah memberkas suspek dan merampas sebilah parang untuk dijadikan barang kes.

Suspek telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah.

Difahamkan, suspek yang berusia 24 tahun baharu sahaja dibebaskan dari penjara pada Mac lalu kerana kesalahan jenayah. -utusan borneo
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget