Polis Sandakan Cari Keluarga Lelaki Yang Mayatnya Ditemui Di Bakau

SANDAKAN, 26 Mei (Bernama) -- Polis Sandakan sedang mencari anggota keluarga lelaki lingkungan 30-an yang mayatnya ditemui di tepi bakau berhampiran Kampung Sungai Kayu Batu 7 dekat sini Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Supt Fadzil Mohd Ali berkata mayat itu ditemui seorang remaja lelaki yang membuang air kecil di kawasan itu selepas bermain bola sepak di kawasan lapang berhampiran.

Beliau berkata sehingga hari ini belum ada keluarga yang datang untuk mengenal pasti atau menuntut mayat itu di Hospital Duchess Of Kent di sini.

"Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat tersebut," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Fadzil meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga lelaki supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -Bernama
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget