BEBGHAZI: Seorang editor dan pengkritik golongan jihad Libya ditembak mati pada Isnin di bandar timur Benghazi, demikian menurut pasukan perubatan.
Mereka berkata Meftah Bouzid, 50, editor akhbar mingguan Burniq, ditembak mati di tengah-tengah bandar Mediterranean.
Sebagai seorang wartawan dan penganalisis, Bouzid sering tampil di televisyen untuk mengkritik kumpulan pelampau Islam.
Pembunuhan Bouzid berlaku sehari selepas Perdana Menteri baharu Libya, Ahmed Miitig memenangi undi percaya di Parlimen pada Ahad. -mstar
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.