Jangan Ada Curiga Antara Kita - Abdullah

Masyarakat yang berbilang kaum menjadikan kita bangsa Malaysia yang tampil dengan budaya yang berwarna warni.

Justeru jangan ada rasa curiga antara kita, walau pun hidup dalam berbagai budaya dan berbeza pendapat tapi kita semua adalah anak negeri Sarawak, kata ADUN N36 Semop, Abdullah Hj Saidol ketika berucap di Majlis Pra-Gawai 2014 Peringkat Daerah Meradong di Christus Lumen Mundi Hall, Christ The King Church, Bintangor pagi tadi.

Beliau mengingatkan masyarakat setempat agar menghargai perpaduan yang telah terjalin agar keamanan dan persefahaman dapat dikekalkan.

"Sebagai wakil rakyat, kita akan sentiasa sedia berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa atau agama" katanya.

Majlis Pra-Gawai 2014 Peringkat Daerah Meradong adalah anjuran Persatuan Tuai-Tuai Rumah daerah Meradong, yang mewakili 145 Rumah Panjang kawasan Meradong dan NGO.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Alexander Nanta Linggi. Kira-kira 1000 tetamu hadir, terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ketika berucap merasmikan majlis berkenaan, Datuk Alexander turut mengingatkan masyarakat Dayak agar tidak terpengaruh dengan propaganda politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Sebaliknya menurut Alexander, masyarakat Dayak mesti bersedia untuk bersaing dalam bidang pendidikan dan perniagaan.

"Oleh itu masyarakat Dayak perlu bersikap positif dalam menghadapi pembangunan negeri yang semakin rancak supaya tidak ketinggalan" katanya

"Kita mesti berusaha untuk mengekalkan integrasi kaum dan persahafaman dengan rakan-rakan bangsa lain di Sarawak" tambah beliau.

Di majlis yang sama, Datuk Alexander menerima borang permohonan keahlian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari masyarakat Iban sekitar Meradong. Seramai 250 permohonan disampaikan bagi menunjukkan kaum Iban tetap setia bersama PBB dan Barisan Nasional.

Pada majlis tersebut Alexander menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang mencatatkan pencapaian terbaik dalam ujian UPSR, PMR dan SPM, serta RM5 ribu untuk persatuan yang terlibat.

Abdullah Hj Saidol yang juga ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut menyampai sumbangan RM10 ribu kepada Persatuan Tuai-Tuai Rumah daerah Meradong.Turut memberi sumbangan ialah ADUN Daro Dr Morni Suhaili sejumlah RM2500.

Hadir sama Residen Sarikei, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Dayang Raoyah dan beberapa pemimpin masyarakat.
Labels:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget